Thursday, December 26, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu maut lori terhumban ke dalam laut

    IPOH, 5 APRIL – Seorang lelaki mati lemas apabila lori 10 tan yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Terminal Maritim Lumut dekat Manjung, hari ini.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Sitiawan Mohd Azizi Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu daripada pihak pelabuhan pada 5.30 pagi tadi dan operasi menyelamat turut dibantu anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pulau Pangkor.

    Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Aqil Rasydan Razmi berusia 20-an berjaya dibawa naik pada pukul 9.45 pagi tadi, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

    “Sebuah lori 10 tan terjatuh ke dalam laut pada kedalaman kira-kira 11 meter. Kapal yang berdekatan pelabuhan telah ditarik bagi memudahkan operasi penyelamatan dilakukan.

    “Dua unit kren dari pelabuhan dalam tindakan untuk membawa naik lori berkenaan ke tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda