Wednesday, July 3, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Pemandu Mercedes Russell menang GP Austria F1

    SPIELBERG, 1 JULAI – George Russell merangkul kemenangan pertama Mercedes musim ini di GP Austria Formula 1 selepas mengambil kesempatan daripada pertembungan lewat antara pemandu McLaren, Lando Norris dan pendahulu kejuaraan, Max Verstappen dalam Red Bull kelmarin.

    Ini adalah kemenangan F1 kedua Russell.

    Norris cuba mendahului dari Verstappen dengan hanya berbaki tujuh pusingan apabila pasangan itu bertembung. Insiden itu menyebabkan kereta Norris tidak dapat meneruskan perlumbaan manakala Verstappen dikenakan penalti 10 saat.

    Verstappen dan Norris sedang merebut tempat teratas dengan pemandu Britain itu menuduh pesaingnya memandu dengan ‘berbahaya”.’

    Pada Pusingan 64, Norris merempuh Red Bull Verstappen ketika dia cuba bergerak untuk mendahului dengan kedua-dua kereta mengalami kerosakan yang teruk. Selepas Norris memandu ke luar, gerakan Verstappen menyaksikan bahagian hadapan kanan McLaren bertembung dengan kiri belakang Red Bull. Tayar jentera Verstappen pancit pada kiri belakang dan salah satu tayar jentera Norris turut terkoyak.

    Verstappen dan Norris terkial-kial kembali ke pit dengan Verstappen boleh meneruskan selepas berhenti untuk pembaikan. Bagaimanapun, Norris terpaksa berhenti berlumba.

    Peluang tersedia bagi Russell yang menduduki tempat ketiga dengan 15 saat di belakang untuk mendahului. Pemandu Britain itu telah mengambil kesempatan untuk menang buat kali pertama sejak GP Brazil pada November 2022.

    Keputusan lain menyaksikan Lewis Hamilton menduduki tempat keempat, dengan Verstappen di tempat kelima.

    Caption: George Russell memenangi Grand Prix Austria Formula Satu di litar perlumbaan Red Bull Ring di Spielberg, Austria pada 30 Jun. – AFP

    George Russell memenangi Grand Prix Austria Formula Satu di litar perlumbaan Red Bull Ring di Spielberg, Austria pada 30 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kes tikam: Remaja 14 tahun ditahan

    SYDNEY, 2 JULAI – Polis Australia telah menahan seorang remaja berusia 14 tahun hari ini ekoran insiden tikaman yang tidak membawa maut, mendorong kampus...