Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pemandu mogok diarah kembali kerja

    SEOUL, 29 NOV – Korea Selatan mengarahkan pemandu trak simen yang mogok supaya kembali bekerja hari ini, tindakan luar biasa yang dikatakan Seoul adalah perlu kerana tindakan industri menimbulkan risiko kepada ekonomi.

    Mogok pemandu trak, yang bermula pada Khamis lalu disebabkan gaji minimum, mencetuskan kerugian berjumlah 300 bilion won (AS$226 juta) sehari, menurut Menteri Dalam Negeri, Lee Sang-min.

    Mogok itu, tindakan industri kedua dalam tempoh kurang enam bulan – sekali lagi telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesan ke atas rantaian bekalan global, yang telah pun terjejas akibat sekatan COVID berlarutan di China dan serangan Rusia di Ukraine.

    Sementara mogok dianjurkan oleh Kesatuan Solidariti Pemandu Trak Kargo, arahan kembali bekerja itu hanya membabitkan pemandu dalam industri simen – kira-kira 1,000 di antara mereka yang terlibat dalam tindakan tersebut.

    Kerajaan berkata sektor pembinaan telah terjejas teruk oleh mogok pemandu trak, sekali gus mendorong campur tangan daripada kerajaan.

    Disebabkan mogok, ‘hantaran simen merosot lebih daripada 90 peratus, dan konkrit siap campur digantung di 50 peratus daripada tapak pembinaan,’ beritahu Menteri Kewangan, Choo Kyung-ho kepada wartawan, selain mengecam tindakan ‘tidak sah’ untuk menyerang pemandu trak yang tidak terlibat dalam mogok.

    Arahan kembali bekerja hari ini dikeluarkan oleh Presiden Yoon Suk-yeol, yang menuduh pemandu yang mogok ‘mengancam kehidupan harian penduduk’ dan menjejas sektor perindustrian Korea Selatan.

    “Tidak adanya alasan munasabah untuk menjejas kehidupan rakyat dan ekonomi negara demi memenuhi kepentingan mereka sendiri. Arahan adalah perlu untuk mengelak krisis ekonomi yang lebih serius,” beritahu Yoon pada mesyuarat kabinet hari ini. – AFP

    Trak diletak bersebelahan kontena di Depot Kontena di Uiwang, Korea Selatan pada 28 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...