Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemandu pelancong tingkat kemahiran naratif

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Seramai 14 orang pemandu pelancong bertauliah telah menyertai Bengkel Bercerita anjuran Jabatan Kemajuan Pelancongan yang berlangsung di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), bermula 23 Oktober lalu hingga hari ini.

    Diketuai oleh Jurulatih Induk Program Latihan bagi Konsep Bercerita, Jimmy Leong Wie Kong yang telah dilantik oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Malaysia, bengkel tersebut mendalami pelbagai aspek menjana naratif yang menarik termasuk pemahaman seni dan sains bercerita, mengapa bercerita merupakan alat komunikasi yang kuat untuk pemandu, garis panduan bagi bercerita dalam suasana memandu.

    Di samping itu, memahami apa yang menjadikan sebuah cerita itu efektif dalam suasana memandu, bagaimana menggunakan cerita untuk membina kepercayaan dalam diri dan berhubung dengan pelancong mereka serta menyediakan sebuah cerita yang efektif.

    Bengkel merangkumi sesi interaktif, aktiviti berkumpulan dan latihan di tapak yang bertujuan untuk melengkapkan pemandu pelancong dengan teknik serta kemahiran asas untuk menghasilkan cerita yang menarik yang boleh memukau pengembara.

    Ia menyediakan peluang yang unik bagi pemandu-pemandu pelancong untuk meningkatkan lagi kecekapan bercerita dan naratif menarik dalam kerja mereka.

    Hajah Nur Fariza Munyati bergambar ramai bersama para pemandu pelancong yang telah menyertai dan menamatkan bengkel berkenaan di KSSUP, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Kemajuan Pelancingan

    Bengkel berkenaan turut menumpukan kepada meningkatkan kemahiran berkomunikasi para pemandu pelancong supaya mereka dapat menyampaikan cerita serta maklumat secara lebih efektif kepada pelancong-pelancong.

    Dengan melengkapkan para pemandu pelancong kemahiran bercerita yang efektif, ia boleh menubuhkan hubungan yang lebih mendalam di antara pelancong dengan pemandu pelancong berkenaan.

    Semua itu, akan menyumbang kepada peningkatan kepuasan pelancong dengan menyampaikan pengalaman yang menyeronokkan dan sukar untuk dilupakan.

    Di akhir bengkel, para peserta telah menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan, Hajah Nur Fariza Munyati binti Haji Abdul Aji.

    Dengan peningkatan permintaan bagi pengalaman pengembaraan yang lebih kaya, peranan pemandu pelancong telah berubah daripada hanya menyampaikan maklumat.

    Pelancong pada masa ini, inginkan hubungan sebenar dan pengalaman yang sukar dilupakan yang melangkaui daripada hanya penyampaian fakta sejarah atau penerangan mengenai mercu tanda.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...