Saturday, September 21, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu pengsan, budak lelaki hentikan bas sekolah

    WARREN, MICHIGAN, 2 MEI – Seorang budak lelaki mengemudi stereng bas sekolah dan menekan brek, membawa kenderaan itu berhenti dengan selamat di jalan raya kawasan Detroit yang sibuk selepas pemandunya pengsan, kata pihak berkuasa.

    “Seseorang hubungi 911. Sekarang!” Dillon Reeves, pelajar gred tujuh menjerit kepada puluhan kanak-kanak sekolah menengah lain di dalam bas pada Rabu.

    Dillon dipuji sebagai wira: Dia memberhentikan bas ketika ia membelok menuju ke arah lalu lintas yang datang.

    “Dalam pengalaman pendidikan saya selama lebih 35 tahun, ini adalah tindakan berani dan kematangan yang luar biasa bagi seorang budak,” kata Robert Livernois, penguasa Warren Consolidated Schools.

    Kejadian itu dirakam pada kamera video di atas pemandu. Video itu menunjukkan pemandu mengipas dirinya dengan topi besbol dan memaklumkan pejabat pengangkutan bahawa dia perlu menghentikan bas.

    Beberapa saat kemudian, Dillon terus bertindak memegang stereng dan menekan pedal brek. – AP

    Gambar daripada video menunjukkan Dillon Reeves memegang stereng bas sekolah dan menekan brek selepas pemandu pengsan di Warren, Michigan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda