Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu rempuh pelajar cemerlang dibebas dengan jaminan polis

    KUALA LUMPUR, 4 FEB – Pemandu kereta yang merempuh pelajar cemerlang bidang perakaunan Aysar Zahran Saiful Alimin telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan dan direman sehari.

    Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof dalam kenyataan hari ini berkata ujian saringan air kencing ke atas lelaki berusia 27 tahun itu didapati negatif dan pemandu terbabit tidak mempunyai sebarang kes jenayah lampau.

    Beliau berkata polis juga masih menunggu laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Kimia bagi melengkapkan siasatan kes kemalangan itu.

    Aysar Zahran, 20, maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta Perodua Alza yang memasuki laluan bertentangan dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang, kira-kira pukul 4:45 petang Ahad lepas.

    Allahyarham merupakan penuntut cemerlang yang pernah memperoleh tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Program Asas Perakaunan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA-FIA) bagi kertas Management Information 1 (MA1) pada Disember 2023.

    Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16, Hulu Langat semalam. – Bernama

    Jenazah Aysar Zahran disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16, Dusun Tua pada 3 Februari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda