Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu risau peraturan tayar baharu

    BUDAPEST, 21 JULAI – Beberapa pemandu menyuarakan kebimbangan hari ini mengenai perubahan peraturan pilihan tayar mandatori perlumbaan kelayakan yang mendadak menjelang latihan pembukaan di Grand Prix Hungary hujung minggu ini.

    Perubahan itu, yang diperkenalkan sebagai Peruntukan Tayar Alternatif untuk meningkatkan kemampanan sukan itu, mewajibkan pemandu menggunakan tayar campuran keras pada sesi kelayakan pertama, sederhana di sesi kedua dan lembut untuk ketiga.Pilihan bebas tidak dibenarkan.

    Jenis tayar baharu itu sepatutnya diperkenalkan di Grand Prix Emilia Romagna pada Mei, tetapi ia dibatalkan kerana banjir.

    Juara bertahan dunia, Max Verstappen dari Red Bull berkata perubahan itu bergantung kepada kekuatan pasukan terkemuka – bukan objektif yang dituntut untuk perubahan yang dilakukan.

    “Saya fikir ia lebih memihak kepada pasukan teratas kerana mereka biasanya mendapat tayar sederhana dan keras untuk memudahkan kerja berbanding kebanyakan pasukan lain,” katanya.

    Esteban Ocon dari Alpine, pemenang perlumbaan Hungary pada 2021, berkata perubahan itu mungkin mendorong pasukan memilih untuk kurang berlumba dalam kelayakan, sebaliknya mengekalkan pilihan tayar campuran mereka untuk perlumbaan.

    “Ia tidak kelihatan betul kerana jika FP2 (latihan bebas 2) basah, sebagai contoh, kita akan melihat hanya 10 pusingan dalam sehari. Ia sukar. Saya fikir akan ada had pusingan pada hari ini kerana kami mempunyai kurang tayar dan berada dalam FP3 juga. Ini kali pertama kami melihat keadaan ini.”

    Charles Leclerc dari Ferrari berkata ia mungkin menimbulkan beberapa kejutan sebelum ‘keadaan kembali pulih seperti sedia kala’. – AFP

    Anggota pasukan McLaren memeriksa tayar mereka di Hungaroring di Budapest sebelum Grand Prix Hungary pada 20 Julai 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda