Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu teksi bantah peperiksaan bahasa Belanda

    BRUSSELS, 29 DIS – Pemandu teksi yang berkhidmat di Lapangan Terbang Brussels akan mengadakan protes pada hari ini bagi membantah cadangan kerajaan yang mewajibkan mereka lulus peperiksaan bahasa Belanda mulai Julai 2024, Sputnik memetik laporan akhbar Belgium, Le Soir.

    Pemandu teksi terbabit dengan kerjasama tiga kesatuan akan menangguhkan perkhidmatan selama dua jam setengah hari ini.

    Majoriti penduduk Brussels bertutur dalam bahasa Perancis tetapi lapangan terbang itu terletak di wilayah Zaventem dalam sempadan pentadbiran wilayah Flemish yang didominasi oleh penutur berbahasa Belanda.

    Pihak berkuasa wilayah terbabit mewajibkan pemandu teksi untuk lulus peperiksaan bahasa Belanda mulai Julai 2024.

    Mereka berdepan kemungkinan permit bekerja tidak dibaharui jika gagal peperiksaan lisan dan bertulis. Lebih 70 peratus pemandu teksi bimbang mereka gagal dalam ujian dan akan kehilangan pekerjaan.

    Pihak berkuasa tempatan percaya bahawa pengetahuan bahasa Belanda adalah penting untuk berurusan dengan pelanggan dan menjadikan perkhidmatan teksi lebih menarik kepada penduduk tempatan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda