NEW YORK, 26 DIS – Sebuah teksi merempuh enam pejalan kaki di tengah bandar Manhattan kelmarin kata polis, dengan tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia 9 tahun telah dibawa ke hospital akibat kecederaan.
Jurucakap Jabatan Polis New York berkata, pemandu teksi itu mungkin mengalami masalah perubatan, tetapi siasatan masih belum mengesahkannya.
Dua orang, termasuk budak lelaki berusia 9 tahun itu, dibawa ke Pusat Perubatan Weill Cornell, dan seorang dibawa ke Hospital Bellevue, kata jurucakap itu.
Tiga lagi mangsa yang dilanggar teksi itu enggan mendapatkan rawatan perubatan. Bagaimanapun, semua berada dalam keadaan stabil. – AFP


