Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu teksi mogok di KIA

    KUCHING, 8 Jan – Pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini mogok sejak pagi tadi, namun ini dikatakan tidak menjejas jadual dan operasi penerbangan.

    Pengurus Kanan KIA, Mohd Nadzim Hashim berkata operasi penerbangan berjalan lancar tanpa sebarang masalah seperti penerbangan dibatalkan atau ditunda.

    “Perkhidmatan teksi terjejas dari pagi tadi sampai sekarang ini (3:30 petang) tak ada teksi yg beroperasi di KIA.

    “Penumpang terpaksa guna kaedah pengangkutan lain seperti perkhidmatan Uber, Grabcar atau memanggil saudara untuk mengangkut mereka di sini,” katanya kepada Bernama.

    Mengulas lanjut, Mohd Nadzim berkata pihaknya ada merujuk kepada Gabungan Pemilik Teksi Kuching bila mereka akan beroperasi semula.

    “Mereka maklumkan tidak tahu sampai bila mogok akan berlangsung,” katanya.

    Difahamkan mogok itu sebagai membantah perkhidmatan Uber dan Grabcar di perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri lama di Petra Jaya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda