Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemandu terperangkap dalam salji tebal di utara England

    AMBLESIDE, 3 DIS – Salji tebal di utara England memaksa pemandu mencari perlindungan atau bermalam di dalam kereta mereka dan menyebabkan lebih 2,500 pelanggan mengalami bekalan tenaga elektrik terputus , kata pihak berkuasa hari ini.

    Beberapa buah trak terkandas dalam salji, sekali gus menyekat lebuh raya, sementara pemandu melaporkan mereka mengambil masa berjam-jam untuk perjalanan pendek manakala yang lain terpaksa mencari tempat untuk bermalam di sepanjang laluan atau di dalam kenderaan mereka.

    “Ia benar-benar terasa seperti awda berjalan melalui Alps atau beberapa pusat peranginan ski pada masa ini,” kata Harrison Ward di komuniti Daerah Tasik Ambleside. “Apabila beberapa kereta berhenti atau terlibat dalam kemalangan atau ditinggalkan, maka segalanya terhenti,” katanya.

    Ant Brett berkata dia telah terperangkap di dalam keretanya selama 19 jam sejak petang kelmarin ketika memandu dari Essex ke Cumbria, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lima jam sahaja.

    “Saya sedang menuju ke majlis perkahwinan keluarga, boleh dikatakan saya tidak berjaya sampai,” katanya kepada BBC.

    “Air saya hampir kehabisan dan terpaksa mencatunya. Saya tahu perkhidmatan kecemasan sibuk tetapi kami hanya ditinggalkan di sini tanpa bantuan,” ujarnya.

    Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Cumbria berkata mereka bekerja sepanjang malam untuk mengeluarkan pemandu dari kereta yang terkandas dalam salji tebal. Penguasa Polis Cumbria, Andy Wilkinson berkata ribut itu lebih teruk daripada ramalan dan orang ramai hari ini digesa untuk tidak pergi ke daerah itu. – AP

    Beberapa orang berjalan melalui salji di Blyth di Northumberland, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...