Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Pemandu tiada timbang rasa

    Sikap segelintir pemandu tika ini semakin menjadi-jadi terutama mereka yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati, di kawasan yang tidak sepatutnya seperti di bahu jalan yang sempit atau di hadapan premis perniagaan.

    Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, malah boleh mengundang bahaya dan mencetuskan kesesakan lalu lintas yang tidak perlu.

    Di kawasan perumahan atau komersial, terdapat pemandu yang meletakkan kereta mereka di kawasan larangan atau dekat selekoh, semata-mata untuk memudahkan urusan sendiri.

    Akibatnya, lorong yang sepatutnya boleh memuatkan dua hala kenderaan menjadi satu hala, memaksa pemandu lain memperlahankan kenderaan atau menunggu giliran untuk lalu.

    Lebih menyedihkan, ada juga kenderaan besar seperti van atau lori diletakkan di kawasan yang menyukarkan pandangan pengguna jalan lain, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

    Situasi ini tidak patut dipandang ringan, lebih-lebih lagi jika ia berlaku berdekatan sekolah, hospital atau kawasan sibuk seperti yang berlaku di kawasan berhampiran jalan Tarap Bau.

    Saya berharap pihak berkuasa tempatan dapat mempertingkatkan lagi pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang lalu lintas dengan lebih tegas, termasuk mengeluarkan saman atau menunda kenderaan yang menghalang laluan.

    Pada masa yang sama, kesedaran sivik setiap pemandu perlu dipupuk agar kita bersama-sama dapat mewujudkan suasana jalan raya yang lebih selamat dan lancar. Sikap bertimbang rasa sesama pengguna jalan adalah kunci kepada kesejahteraan bersama.

    Hamdan

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...