Pihak polis Indonesia yang menjalankan siasatan terhadap kemalangan pelakon, Vanessa Angel mengesahkan pemandunya, Tubagus Muhammad Joddy menggunakan telefon ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan maut itu. Berdasarkan keterangan yang diambil, polis telah merampas telefon bimbit dan bukti lain bagi pemeriksaan forensik. Selain mengaku bermain telefon, Joddy juga memberitahu dia memandu dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam. Pihak