Oleh Afiq Zainuddin –
Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang apabila selesai makan tengah hari atau makan malam mesti teringin benda manis untuk dijadikan sebagai pemanis mulut, antaranya ialah Kek Cheese Lotus Biscoff yang menjadi kegilaan orang ramai hingga kini.
Kek ini juga sangat sesuai dijadikan hidangan ketika meraikan sambutan hari jadi dan sebagainya. Bahan utama yang wajib ada dalam resipi ini adalah biskut lotus biscoff yang mana dahulu sangat susah untuk mendapatkannya namun kini ia sangat mudah diperolehi di kedai runcit, pasar raya dan sebagainya.
Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kek Cheese Lotus Biscoff adalah seperti satu paket biskut lotus biscoff, whipping cream, telur, gula, susu pekat manis dan juga tepung jagung. Manakala antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat topping adalah seperti tujuh sudu makan lotus Biscoff Spread dan 2-3 keping biskut Lotus Biscoff (hancurkan untuk toping atas).
Cara memasaknya pula, untuk menyediakan lapisan asas, mula-mula hancurkan biskut Lotus Biscoff hingga separa halus. Caranya ialah dengan masukkan biskut ke dalam plastik dan ketuk guna lesung batu hingga hancur. Kemudian masukkan biskut ke dalam mangkuk dan ketepikan. Selepas itu cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan biskut yang hancur tadi kemudian gaul hingga rata.
Selepas itu masukkan biskut yang dicampur mentega ke dalam loyang yang telah dilapik dengan parchment paper kemudian tekan dan padatkan. Selepas itu simpan dalam peti sejuk dan buat pula filling krim keju.
Manakala cara untuk membuat filling krim keju, mula-mula pukul krim keju dengan menggunakan pengadun hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila, gula ising dan biscoff spread. Adun lagi hingga sebati dan ketepikan. Selepas itu dalam mangkuk yang berasingan, pukul whipping cream hingga kembang. Satukan krim keju dan whipping cream hingga sebati. Apabila sudah sebati, tuang ke dalam loyang berisi bahan base yang telah disejukan tadi dan ratakan. Selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum membuat topping.
Untuk membuat topping pula, selepas krim keju disejukkan selama 3-4 jam, cairkan Lotfus Biscoff Spread menggunakan api kecil hingga cair. kemudian sejukkan sedikit. Selepas itu tuang Biscoff Spread cair tadi ke atas krim keju hingga rata, masukkan semua kek keju di dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Apabila kek keju sudah pejal sepenuhnya, tabur biskut yang dihancurkan mengikut kreativiti masing-masing. Selepas itu ia pun sedia untuk dinikmati.
Bahan-bahan:
• 1 paket biskut lotus biscoff
• Cream cheese
• Whipping Cream
• Telur
• Gula
• Esen vanilla
• Susu pekat manis
• Tepung jagung
• Lotus Biscoff Spread