HIDANGAN pemanis mulut sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada yang sanggup menikmati hidangan pemanis mulut terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan utama yang lebih berat.
Sebab itu, tanpa hidangan pemanis mulut, pasti terasa ada yang tidak lengkap. Pemanis mulut dianggap ‘penutup’ setelah menikmati hidangan yang berat.
Bahkan hidangan pemanis mulut yang enak pasti dapat memeriahkan lagi majlis yang diadakan.
Berikut adalah beberapa resipi hidangan pemanis mulut yang sesuai dihidangkan untuk pelbagai majlis dan keraian. Selamat mencuba.
Mufin Chocolate Chip
Bahan-bahan A:
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120 ml minyak jagung
½ sudu teh esen vanilla
Bahan-bahan B:
190 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh baking soda
¼ cawan serbuk koko
½ cawan cip coklat (tinggalkan sedikit untuk hiasan)
Cara membuat:
Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayak bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam cawan muffin ¾ penuh dan taburkan cip coklat di atasnya.
Bakar pada suhu 170°C selama 25-30 minit.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Puff Kastad Krim
Bahan krim puff:
100 ml air
45 gram mentega
60 gram tepung gandum yang diayak
2 biji telur
Bahan untuk krim kastard:
1 ½ cawan krim putar
1 cawan kastard
Cara membuat:
Untuk membuat krim puff, masukkan air dan mentega ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Masukkan tepung dan kacau dengan cepat. Masukkan telur dan kacau sebati.
Masukkan adunan ke dalam beg piping, paipkan dan bentukkan.
Sembur permukaan krim puff dengan sedikit air.
Bakar dalam oven pada suhu 200°C selama 15 minit.
Kemudian turunkan suhu kepada 180°C dan bakar selama 25 minit. Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat krim kastard, putarkan krim putar sehingga kental.
Masukkan krim kastard secara sedikit demi sedikit dan gaul dengan rata.
Paipkan krim kastard ke dalam krim puff. Taburkan snow powder diatasnya dan ia sedia untuk dinikmati.
Chocolate Brownies
Bahan-bahan:
400 gram dark chocolate compound
150 gram unsalted butter
100 gram gula perang
100 gram gula kastor
4 biji telur – gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gram tepung naik sendiri
30 gram serbuk koko
Cara Membuat:
Satukan coklat masakan dan mentega, cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan mentega larut.
Gaul rata. Ketepikan.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanilla.
Gaul sebati menggunakan wisk sahaja.
Tuang aduan ini ke dalam adunan mengandungi coklat dan mentega tadi.
Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian diayak.
Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung naik sendiri dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kemudian gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang.
Bakar adunan pada suhu 160°C selama 30-35 minit.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.