Tuesday, September 24, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemantau persaingan Australia saman Woolworths, Coles

    SYDNEY, 23 SEPT – Badan pemantau persaingan Australia hari ini menyaman dua rangkaian runcit terbesar negara itu, dengan mendakwa tawaran diskaun untuk ratusan barangan runcit adalah lebih mahal daripada harga asal.
     
    Pengawal selia berkata Woolworths dan Coles  masing-masing memegang kira-kira 65 peratus bahagian pasaran dengan sengaja menaikkan harga untuk ubat gigi, yogurt, mentega, kopi segera, tampon dan banyak lagi. Kenaikan harga sementara itu kemudiannya dikurangkan dalam tawaran diskaun yang didedahkan secara meluas, di mana ia lebih tinggi daripada kos asal barangan.
     
    Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia merujuk kepada satu paket keluarga biskut Oreo, yang biasanya dijual pada harga Aus$3.50 (AS$2.39).
     
    Bagaimanapun, Woolworths telah menaikkan harga kepada Aus$5.00 sebelum mempromosikan harga diskaun sebanyak Aus$4.50 iaitu satu dolar lebih tinggi daripada yang diiklankan pada asalnya. – AFP
     
    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda