Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemantau sekatan akan gagal – Duta PBB Korea Utara

    PYONGYANG, 5 MEI – Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata usaha untuk menubuhkan panel baharu bagi memantau sekatan terhadap negaranya akan berakhir dengan kegagalan, lapor media kerajaan hari ini.

    Komen Kim Song keluar selepas kuasa veto Rusia pada Mac menamatkan pemantauan rasmi PBB terhadap sekatan yang dikenakan ke atas negara terpencil itu kerana mengejar program program senjata nuklear dan peluru berpandunya.

    Seoul dan Washington berkata pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah menghantar senjata ke Rusia, mungkin sebagai pertukaran untuk bantuan teknikal Moscow untuk program satelit pengintip Pyongyang.

    Tahun lepas, Korea Utara menjalankan sejumlah rekod ujian peluru berpandu – tidak menghiraukan sekatan PBB yang dilaksanakan sejak 2006 dan meskipun amaran daripada Washington dan Seoul – setelah mengisytiharkan dirinya sebagai negara senjata nuklear ‘tidak boleh ditarik balik’ pada 2022.

    “Pihak musuh mungkin menubuhkan panel pakar kedua dan ketiga pada masa depan tetapi mereka semua pasti akan menemui kemusnahan diri dengan peredaran masa,” kata utusan Kim Song dalam satu kenyataan Inggeris yang disiarkan oleh agensi berita rasmi KCNA, hari ini. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda