Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemasangan logo baharu Twitter dapat bantahan

    ISTANBUL, 30 JULAI – Pihak pemeriksa bangunan di San Francisco membantah pemasangan papan tanda simbol X di atas bumbung bangunan ibu pejabat Twitter, lapor agensi Anadolu (AA) memetik San Francisco Chronicle.

    Menurut jurucakapnya Patrick Hannan, pemasangan papan tanda perlu mendapat permit dan kebenaran pihak suruhanjaya perancangan bandar California bagi memastikan keselamatan struktur papan tanda itu.

    Jabatan itu berkata kebenaran yang diberikan sebelum ini tidak termasuk untuk mengalih keluar huruf “@twitter” dan pemasangan tanda X yang baharu.

    Minggu lepas, Elon Musk berkata beliau berhasrat untuk menukar logo Twitter kepada ‘X’.
    “Jika logo X dapat dipaparkan malam ini, kami akan lancarkan di seluruh dunia esok,” kata Musk. – Bernama

    Papan tanda X yang baru didirikan kelihatan di bumbung ibu pejabat platform media sosial yang dikenali sebagai Twitter sebelum ini, di San Francisco, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda