Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai bahawa pada masa ini kerja-kerja penggantian meter air di seluruh negara ke meter pintar sedang giat dalam pelaksanaan di bawah projek Unified Smart Metering System (USMS).
JKR menyatakan bahawa projek berkenaan telah dikuatkuasakan bermula 2 Oktober 2022 yang dilaksanakan sepenuhnya oleh Syarikat DST Network Sdn Bhd (DSTN) dan disokong oleh Jabatan Perkhidmatan Air, JKR, pembekal utiliti air utama di Negara Brunei Darussalam.
Pemasangan meter pintar itu juga dimandatorikan bagi permohonan bekalan air baharu untuk semua kediaman perumahan tetap dan bangunan-banguan baharu iaitu komersial dan kerajaan serta termasuk tambahan meter yang mana pembelian meter pintar berkenaan boleh diperoleh daripada Syarikat DSTN.
Bagi orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pemasangan meter pintar berkenaan, mereka boleh menghubungi TD 123 atau e-mel, contact.usms@datastream.bn.
