PARIS, 7 FEB – Demonstrasi besar-besaran dan mogok umum diadakan hari ini di Perancis bagi membantah pembaharuan sistem pencen oleh Presiden Emmanuel Macron.
Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan had umur pencen kepada 64 tahun berbanding 62 tahun buat masa ini, tetapi bergantung kepada undi daripada pihak pembangkang.
Selain meningkatkan umur pencen, kerajaan yang diterajui Macron juga menyasarkan untuk mempercepatkan peningkatan masa caruman untuk mendapatkan pencen penuh, lapor agensi akhbar Jerman (dpa).
Selain itu, keistimewaan pencen khas untuk kumpulan pekerja tertentu akan dimansuhkan dan peningkatan pencen minimum kepada sekitar €1,200 sebulan.
Hampir dua pertiga penduduk membantah pembaharuan itu yang sekali gus mencetuskan demonstrasi besar-besaran. – Bernama
