Sunday, April 13, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembaikan jalan konkrit di Rimba

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan raya di simpang 134, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Rimba hari ini hingga kerja selesai tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan penutup sementara jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan konkrit.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Pembaikan jalan konkrit di STKRJ Kg Rimba. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda