BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Kerja-kerja pembaikan pam pembetungan di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Lumut (Zon B) Daerah Belait masih lagi dalam pelaksanaan.
Sehubungan dengan itu, sebahagian kawasan akan terjejas termasuklah Jalan Lamiding, Jalan Bagu, Jalan Poai, Jalan Sumbui-sumbui dan Jalan Nibung di kawasan perumahan itu, menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan hari ini. Orang ramai dinasihatkan memberikan kerjasama dan berhati-hati di sepanjang kawasan di mana kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.
Jabatan turut memohon maaf atas kesulitan dan ketidakselesaan yang dihadapi penduduk. Sebarang aduan boleh menghubungi jabatan di Talian Darussalam 123 atau Live Channel 123 (8333123) atau e-mel kepada pro@pwd.gov.bn