Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembakar semangat bagi pekerja barisan hadapan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Sebagai usaha untuk sama-sama memainkan peranan dan menyokong para pekerja barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19, Restoran KFC Brunei turut menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada kakitangan perubatan di bahagian kecemasan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR). Inisiatif tersebut telah bermula pada bulan Mac lalu dan dilakukan setiap minggu sebagai sokongan kepada kakitangan barisan hadapan yang telah bekerja keras menangani wabak COVID-19 di negara ini.

    “Tidak ada yang lebih menggembirakan berbanding perasaan anda ketika dapat membantu orang lain. KFC percaya pada kekuatan dalam amalan bantu-membantu akan mewujudkan perubahan.

    “Kami berharap sokongan kami akan memberi keselesaan dan dorongan kepada para pekerja barisan hadapan.

    “KFC Brunei akan terus membantu semampu yang boleh” kata pegawai Bahagian Pemasaran KFC Brunei, Jaymee Lau.

    Kakitangan KFC ketika menyampaikan sumbangan makanan kepada kakitangan perubatan. – Gambar oleh KFC Brunei
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda