Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangkang Australia mula berkempen untuk pilihan raya

    CANBERRA, Australia, 5 Mei – Parti pembangkang Australia melancarkan kempen pilihan rayanya hari ini, menjadikan penjagaan kesihatan dan perubahan iklim sebagai dasar utama pilihan raya dalam masa dua minggu.

    Pemimpin Parti Buruh Bill Shorten berjanji akan membelanja berbilion dolar dalam menyediakan penjagaan pergigian percuma untuk pesara, mengurangkan masa menunggu du jabatan kecemasan hospital dan menghapus kos untuk pesakit kanser.

    “Kanser membuat anda sakit. Namun dalam sebuah negara yang kaya seperti kami, ia tidak patut menjadikan anda miskin,” beritahu Shorten kepada penyokong di sebuah pusat konvensyen di bandar Brisbane.

    Shorten juga memaparkan janji parti Buruh untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau Australia sebanyak 45% di bawah jumlah 2005 menjelang tahun 2030. Kerajaan gabungan konservatif telah komited untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 26% kepada 28% dalam tempoh yang sama dan mengingatkan sasaran Buruh yang lebih tinggi akan memusnahkan ekonomi.

    Shorten berkata gabungan pimpinan Parti Liberal “tidak percaya perubahan iklim adalah benar dan separuh anggota lain tidak peduli langsung.”

    Mengawal gas rumah hijau merupakan satu isu yang memecahbelahkan dalam sebuah negara yang menjadi pengeksport arang batu dan gas asli cair terbesar di dunia. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda