Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangkang Kemboja lantik pemangku ketua

    PHNOM PENH, Kemboja – Ahli eksekutif parti bergolak Kemboja, hari ini menerima peletakan jawatan Sam Rainsy, ketuanya yang berkarisma dan menamakan timbalannya, Kem Sokha sebagai pemangku ketua sehinggalah kongres parti diadakan.

    Langkah itu dibuat sehari selepas Sam Rainsy yang dalam buangan sendiri semenjak hujung 2015, berundur daripada keahlian dalam Parti Menyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) dalam respons terhadap rancangan kerajaan untuk mengubah undang-undang pilihan raya agar parti politik boleh dibubarkan jika ketua mereka mempunyai sabitan kesalahan. Dia menerangkan keputusannya itu dalam sidang video dari Paris dalam satu mesyuarat.

    Sam Rainsy tinggal di luar negara dalam usahanya mengelak hukuman penjara dua tahun atas kesalahan memfitnah yang dia percaya boleh ditutupi dengan satu pengampunan. Beberapa daripada kes lainnya juga tertangguh. Pembangkang menuduh Perdana Menteri Hun Send an Parti Rakyat Kemboja pimpinannya menggunakan kes-kes perundangan itu untuk melemahkan penentang mereka, bergantung kepada mahkamah yang patuh politik. Kem Sokha juga menjadi sasaran, sebagai ahli politik dan aktivis sosial.

    Kemboja akan mengadakan pilihan raya tempatan seluruh negara Jun ini dan pilihan raya umum pada tahun 2018. Parti pembangkang CNRP berharap dapat menunjukkan kekuatannya seperti dalam pilihan raya umum 2013. Hun Sen sebelum ini mengatakan dia akan melanjutkan kuasa tiga dekadnya. – AP

    Gambar fail: Kem Sokha. – AP
    Gambar fail: Kem Sokha. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda