COLOMBO, 2 Julai – Pihak pembangkang Maldives telah memilih seorang calon baharu untuk bertanding menyaingi orang kuat negara itu, Persiden Abdullah Yameen dalam pilihan raya tahun ini dan berjanji akan membenarkan para penentang pulang dari hidup dalam buangan jika mereka menang, menurut para pegawai semalam.
Parti Demokrasi Maldives mencalonkan ketua parlimennya Ibrahim Mohamed Solih untuk menerajui kumpulan campuran pembangkang, jurucakap parti itu Hamid Abdul Ghafoor memberitahu AFP.
Solih telah diganti oleh ketua pembangkang veteran Mohamed Nasheed yang menarik balik pencalonannya minggu lalu selepas dimaklumkan oleh suruhanjaya pemilihan kebangsaan bahawa dia tidak layak bertanding dalam pilihan raya September nanti.
Nasheed yang telah dipenjara selama 13 tahun dalam perbicaraan yang disifatkan oleh PBB perbicaraan yang bermotifkan politik, telah hidup dalam buangan sejak mendapatkan rawatan perubatan di luar negara pada tahun 2016.
Ghafoor jika berjaya, MDP akan membuka laluan bagi semua penentang politik untuk pulang dalam tempoh 18 bulan dan terlibat dalam proses pemilihan yang merangkumi semula, untuk menyertai kerajaan.
Pada masa ini semua penentang Yameen dan penentang utama sama ada di penjara atau hidup dalam buangan dan Solih dilihat sebagai simbol yang mewakili pembangkang bersatu menentang kerajaan.
Tempoh penggal presiden adalah lima tahun di Maldives tetapi presiden yang sedang dalam jawatannya boleh mengadakan pilihan raya awal. Ghafoor berkata mereka juga berjanji akan melaksanakan reformasi demokrasi di kepulauan-kepulauan bertikai.
“Kerajaan MDP akan mengembalikan kuasa-kuasa parlimen, Mahkamah Tinggi dan suruhanjaya pemilihan supaya ketua-ketua yang hidup dalam buangan boleh pulang dan kami boleh menubuhkan demokrasi di Maldives,” ujarnya lagi.
Yameen mengisytiharkan keadaan darurat dalam bulan Februari selepas mahkamah tinggi Maldives memerintahkan para anggota parlimen yang dipecat oleh presiden dikembalikan kepada jawatan mereka dan para penentang dibebaskan dari penjara. – AFP