KHARTOUM, 28 JUN – Seorang pemimpin bantahan berpengaruh Sudan menyuarakan kebimbangan berlaku lebih banyak keganasan ke atas penunjuk perasaan pada rapat minggu ini, menegaskan ‘pembunuhan’ pada 3 Jun terhadap mogok Khartoum telah dirancang.
Ketua bantahan menyeru rapat besar-besaran menentang tentera diadakan pada Ahad, gesaan pertama di seluruh negara sejak peleraian kem bantahan di ibu negara meninggalkan puluhan terbunuh dan ratusan cedera. “Ia bergantung kepada cara tentera mengendalikan bantahan,” kata Babiker Faisal, pemimpin berpengaruh Perikatan untuk Kebebasan dan Perubahan.
“Peleraian mogok yang kejam membuat kami mempercayai keganasan mungkin digunakan ke atas pembantah” pada Ahad, beritahunya kepada AFP dalam satu temu bual.
Tindakan keras pada 3 Jun diadakan selepas rundingan di antara ketua bantahan dan jeneral, yang merampas kuasa setelah menyingkirkan pemerintah Omar al-Bahir, menemui kegagalan pada Mei mengenai siapa yang harus memerintah. – AFP
