Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangkang Venezuela gesa lebih banyak perarakan

    CARACAS, 30 April – Seorang tokoh pembangkang Venezuela semalam menggesa lebih banyak perarakan diadakan bertujuan mengambil balik mahkamah dan Majlis Pemilihan Negara yang dikatakan oleh beliau telah ‘dirampas’ oleh Presiden Nicolas Maduro.

    Freddy Guevara menggesa orang ramai supaya membantah esok, 1 Mei atau Hari Mei, cuti tradisional pekerja, dengan perarakan ke Mahkamah Agung dan pejabat Majlis Pemilihan Negara.

    “Kami mahu memanggil semua penduduk Venezuela, di kesemua 24 negeri negara, supaya mengecam pemerintahan diktator dengan satu-dua tumbukan,” kata Guevara, membangkitkan perarakan aman serentak di dua lokasi.

    Freddy Guevara (kanan) semasa perarakan sebagai penghormatan kepada pelajar Juan Pablo Pernalete yang terbunuh pada 26 April akibat kesan bom tangan gas semasa protes terhadap Presiden Nicolas Maduro. – AFP
    Freddy Guevara (kanan) semasa perarakan sebagai penghormatan kepada pelajar Juan Pablo Pernalete yang terbunuh pada 26 April akibat kesan bom tangan gas semasa protes terhadap Presiden Nicolas Maduro. – AFP

    Tunjuk perasaan sebulan pada April di Venezuela telah mengakibatkan 28 orang terbunuh dalam pertempuran di antara polis rusuhan dan pembantah anti-kerajaan, menurut pendakwa.

    Lebih daripada 400 orang telah cedera, dan hampir 1,300 orang ditahan, menurut peguam negara. Pembangkang sedang menuntut pilihan raya diadakan untuk menyingkir Maduro, seorang sosialis dipilih. Ia menyalahkan beliau atas satu krisis ekonomi yang telah mencetuskan kekurangan makanan, ubat dan barangan asas lain.

    “Pada 1 Mei, selepas menentang selama sebulan, kami perlu menunjukkan bahawa rakyat enggan berputus asa,” kata Guevara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda