Wednesday, May 14, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangunan Bandaraya Lido ancam kehijauan alam sekitar

    INDONESIA – Diselubungi kabus dan awan, hutan di kawasan gunung berapi kembar iaitu Taman Negara Gunung Gede Pangrango menawarkan panorama alam semula jadi yang sangat menarik di Pulau Jawa.

    Udara di kawasan tersebut jelas terasa sangat segar dan jauh daripada sebarang pencemaran namun pembangunan yang direncanakan oleh Trump berdekatan dengan setentunya bakal menjejaskan atomesfera kawasan tersebut.

    Dalam tempoh empat tahun akan datang, pembangunan di bawah Trump Community bakal dibangunkan di kawasan pulau yang paling padat di Indonesia itu termasuk projek lebuh raya dan taman tema.

    Pelaksanaan projek pembangunan tersebut secara tidak langsung telah meningkatkan rasa kerisauan di kalangan ahli pemuliharaan kerana dikhuatiri bakal mengancam kehidupan beberapa spesies yang direkodkan hampir pupus di wilayah Nusantara ini.

    Projek berkeluasan 3,000 hektar itu merupakan kerjasama di antara President AS, Donald Trump bersama pengusaha MNC Group dan tokoh politik Indonesia, Hary Tanoe.

    Kawasan hijau di Taman Negara Gunung Gede Pangrango yang telah ditanda bagi pelaksanaan projek Bandaraya Lido. – AP
    Kawasan hijau di Taman Negara Gunung Gede Pangrango yang telah ditanda bagi pelaksanaan projek Bandaraya Lido. – AP

    Gunung Gede Pangrango merupakan sebuah hutan tropika yang masih terpelihara di Jawa di mana ia dikatakan menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna termasuk 2,000 spesies tumbuh-tumbuhan dan 250 spesies burung.

    Antara spesies terancam di hutan tersebut adalah Yawan iaitu satu-satunya spesies primat berbisa di dunia, Monyet Daun, Harimau Bintang Jawa yang hanya memiliki populasi kurang daripada 250 ekor, Helang Jawa dan Ungka Kelabu.

    Taman itu juga mempunyai pusat pemeliharaan untuk spesies Ungka Kelabu yang telah diselamatkan daripada aktiviti perdagangan hidupan liar secara haram.

    Spesies tersebut memang gemar hidup secara monogami, bertubuh kecil dan hanya memiliki populasi kurang daripada 4,000 ekor.

    MNC Group telah merancang untuk membina sebuah hotel enam bintang dilengkapi dengan padang golf, kelab, kondiminium mewah, rumah-rumah dan vila mewah sebagai sebahagian daripada projek Trump Community.

    Di samping itu, MNC juga merancang untuk membina taman tema, pusat membeli-belah dan pusat hiburan sebagai fasa pertama dalam projek pembangunan Bandaraya Lido yang meliputi kawasan seluas 800 dan 1,000 hektar.

    Sebuah lakaran visual yang dipaparkan pada laman web syarikat itu juga menampilkan keindahan tasik dan taman tema yang sangat menarik. Malah Tanoe juga menjelaskan kepada The Associated Press bahawa mereka merancang untuk memperluaskan lagi kawasan pembinaan tersebut.

    MNC juga merancang untuk membina jalan raya bertol bagi mewujudkan akses dengan bandar raya berdekatan seperti Jakarta.

    Kebanyakan autoriti taman negara tersebut meluahkan rasa bimbang berhubung dengan projek pembinaan itu akan memberikan kesan terhadap habitat kepada hidupan liar dan kewujudan pusat hiburan bertaraf antarabangsa secara tidak langsung akan menimbulkan kesukaran dalam kawalan imigrasi dan pencemaran.

    Mereka juga mempersoalkan mengenai kepentingan tadahan sumber air yang merupakan satu keperluan penting bagi 30 juta penduduk di Jakarta. Namun setentunya mereka tidak berupaya untuk menentang usaha yang dilaksanakan oleh MNC dan Pertubuhan Trump itu. Projek tersebut setentunya bakal diteruskan tambahan lagi MNC telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan dengan alasan untuk memajukan lagi eko pelancongan negara tersebut.

    “Kami masih berbincang dengan pihak mereka mengenai langkah pemeliharaan kepada spesies hidupan liar ini walaupun kerja-kerja pembangunan giat dilaksanakan,” jelas Ketua Taman Negara itu, Adison.

    “Sebelum mereka memulakan sebarang kerja-kerja pembangunan mereka juga harus mengetahui akan kepentingan taman negara tersebut sebagai habitat kepada banyak spesies binatang liar. Mereka boleh menjalankan perusahaan di kawasan ini namun tetap harus menghormati keadaan di sekelilingnya,” tambah beliau.

    Adison menjelaskan bahawa pihak berkuasa taman itu menyedari bahawa eksekutif daripada syarikat itu wajar untuk melaksanakan langkah pemeliharaan secara serius memandangkan penglibatan Pertubuhan Trump sendiri jelas memperlihatkan ia sebagai satu projek yang berprofil tinggi.

    Setiausaha Korporat MNC menjelaskan bahawa eksekutif syarikat itu terlalu sibuk untuk ditemu bual dan tidak berpeluang untuk memberikan maklum balas terhadap sebarang soalan berhubung mengenai langkah yang bakal dilaksanakan oleh syarikat itu mengenai cara untuk mengurangkan kerosakan terhadap alam sekitar kesan daripada pembangunan yang dilaksanakan.

    Dalam satu temubual yang diadakan Januari lalu, Tanoe menjelaskan bahawa pembangunan di tanah berkeluasan 3,000 hektar itu akan mengambil masa lebih dari satu dekad dan memperuntukkan kos pembinaan di antara AS$2-3 bilion. Projek dibawah pembinaan Trump sendiri bernilai AS$300 juta.

    Projek pembangunan setentunya akan mengancam bukan sahaja kehijauan alam sekitar bahkan juga habitat binatang liar seperti ungka
    Projek pembangunan setentunya akan mengancam bukan sahaja kehijauan alam sekitar bahkan juga habitat binatang liar seperti ungka

    Beliau juga turut menjelaskan bahawa mendapatkan permit bagi fasa pertama projek itu adalah sangat mudah dan padang golf di tapak pembinaan itu direka oleh bekas arkitek padang golf utama dunia, Ernie Els di mana ia telah berada pada status pembinaan.

    Tanoe telah bekerjasama dengan Pertubuhan Trump sejak tiga tahun lalu, malah mereka juga turut merancang untuk membangunkan semula dan menaiktarafkan hotel dan padang golf milik Tanoe yang menghala ke arah sebuah kuil terkenal di Bali sekali gus menjadikan ia sebagai sebuah projek mewah yang dikendalikan oleh Trump.

    Elan Juanda, seorang aktivis alam sekitar yang terlibat dengan pendidikan di taman menjelaskan bahawa beliau sangat pesimis berhubung mengenai projek pemeliharaan haiwan di rantau itu apabila projek tersebut terus dilaksanakan.

    “Ia adalah cukup mustahil bagi projek yang mereka laksanakan itu tidak memberikan sebarang kesan buruk terhadap alam sekitar sekali gus memberikan perubahan kepada tingkah laku binatang,” jelas Juanda.

    Lebih daripada sedekad lalu, rakaman daripada kamera tersembunyi berjaya memperlihatkan bahawa binatang liar akan lebih berada pada tahap sensitif apabila berlaku sebarang aktiviti manusia di sekelilingnya, jelas Juanda.

    Pakar juga menjelaskan bahawa spesies ungka yang ditempatkan di pusat pemulihan akan berada pada tahap yang lebih tertekan berikutan daripada kesan bising daripada aktiviti pembinaan.

    Walaupun ia adalah pembangunan swasta, namun projek Bandaraya Lido jelas mendukung harapan kerajaan negara itu yang berusaha untuk mewujudkan lebih banyak lagi tarikan pelancongan popular seperti Bali. Dengan jumlah penduduk seramai lebih daripada 250 juta, pembangunan ini setentunya dikatakan dapat membukakan lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan.

    Anton Ario, seorang pengurus program kepada Pemuliharaan Antarabangsa menjelaskan bahawa taman itu tidak berupaya untuk mengawal jumlah kemasukan yang berlebihan dan zon sampingan wajar diwujudkan terutama dengan kewujudan taman tema yang setentunya dijangka bakal menarik ramai jumlah pengunjung.

    “Ungka liar setentunya akan menerima kesan tekanan yang hebat memandangkan ia adalah spesies binatang yang sukar untuk membiasakan dirinya dengan persekitaran yang baru”, jelas Ario.

    “Untuk lebih berkesan, memorandum persefahaman perlu dinaik taraf kepada ikatan perjanjian teknikal malah penggunaan sumber air juga mencetuskan kebimbangan memandangkan ia setentunya akan menghakis sumber daripada bahagian Gunung Gede Pangrango”, tambah beliau.

    “Dalam erti kata yang lebih luas, pembangunan yang berterusan setetunya akan memberikan implikasi kerana taman negara itu adalah merupakan tadahan air penting. Jakarta telah mengalami bencana banjir tahunan dan pelupusan hutan di taman negara itu setentunya akan memburukkan lagi keadaan,” jelas Ario.

    “Secara jujurnya saya berharap mereka dapat membina pembangunan yang mampan kerana ia melibatkan alam sekitar dan ia cukup merisaukan,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/