Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangunan infrastruktur rentas sempadan perlu tadbir urus cekap – Nanta

    SINGAPURA, 4 JUN – Pembangunan infrastruktur rentas sempadan perlu mempunyai struktur tadbir urus yang cekap dan berkesan bagi mengatasi kekangan yang mungkin wujud ekoran faktor persekitaran, komuniti dan ekonomi, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

    Nanta berkata mana-mana kerajaan serta pemegang taruh terlibat projek pembangunan antara dua negara atau lebih juga perlu mempunyai rangka kerja dasar dan perancangan serta memberi keutamaan untuk kerjasama serantau yang cekap.

    “Selain itu, keupayaan persekitaran yang membolehkan projek merentas sempadan, termasuk penyelarasan peraturan dan perundangan untuk kepentingan bersama perlu diwujudkan.

    “Kerajaan dan pemegang taruh terlibat juga perlu mengoptimumkan struktur kewangan dengan mengambil kira faedah dan risiko khusus untuk projek merentas sempadan,” katanya hari ini.

    Nanta berkata demikian pada sesi panel pertama Forum Infrastruktur Asia (AIF) 2024 yang memfokuskan kepada tema ‘Merangka Peralihan Tenaga Hijau Asia.’

    Dalam sesi yang berlangsung selama satu jam, beliau turut menekankan peranan penting infrastruktur sebagai pemboleh utama dalam mencapai inisiatif Peralihan Hijau. – Bernama

    Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua kiri) melakukan gimik Pra-Pelancaran Sistem Centralised Regulations Repository (CRR) dan Pusat Informasi dan Data Analitik Sektor Pembinaan Nasional (NCIP Centre) di Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda