Monday, October 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangunan lapangan terbang Sarawak tarik minat pelabur luar

    KUCHING, 27 OKT – Langkah proaktif Sarawak membangunkan lapangan terbang menggunakan dana sendiri menarik minat pelabur luar untuk turut serta, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata lapangan terbang baharu Sarawak itu akan menginspirasikan model lapangan terbang Abu Dhabi dan Doha serta berkonsepkan seamless dan teknologi terkini.

    “Ini akan menjadikan Sarawak sebagai hab penerbangan moden yang boleh menarik lebih banyak pelaburan dengan menawarkan kemudahan serba digital dan cekap, memudahkan proses seperti daftar masuk dan imigresen dengan teknologi moden.

    “Konsep ini mempercepat pergerakan penumpang, menjadikannya lebih selesa bagi pelawat dan pengguna yang sentiasa berulang-alik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) 2024 di Kuching hari ini.

    Abang Johari berkata lapangan terbang baharu itu dijangka mampu menampung kapasiti hingga 15 juta penumpang sekali gus merancakkan industri perhotelan dan ekonomi tempatan.

    Langkah mengambil alih MASwings dan membina lapangan terbang baharu membolehkan Sarawak menembusi pasaran Asia Selatan dan Timur yang mempunyai lebih tiga bilion penduduk.

    Beliau berkata landskap Dubai di Emiriyah Arab Bersatu telah berubah menjadi lebih maju dalam tempoh 25 tahun dan Sarawak juga mampu berbuat demikian.

    “Dubai hanya bergantung pada keterhubungan. Sarawak pula mempunyai daya tarikan semula jadi, kita bukan sahaja fokus pada Sarawak atau Malaysia tetapi melihat peluang di peringkat global,” katanya. – Bernama

    Abang Johari (dua, kiri) melihat model bangunan selepas melancarkan galeri jualan ‘Neu Pendington’ sempena Karnival UDA 2024, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda