Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembantah bakar balai polis

    PESHAWAR, 29 NOV – Beribu-ribu orang menyerbu sebuah balai polis dan membakar pos pemeriksaan, menuntut polis menyerahkan seorang lelaki dituduh membakar Al-Quran.

    Menurut polis, kira-kira 5,000 orang mengepung balai polis di bandar Charsadda di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa semalam dan turut membakar lebih 30 kereta.

    Ketua Polis Daerah, Asif Bahadur berkata, kira-kira 2,000 orang terus berkumpul di luar balai polis dan membakar pakaian seragam pegawai.

    “Perusuh menyerbu balai polis meminta menyerahkan lelaki itu supaya mereka boleh membakarnya hidup-hidup seperti dia membakar Al-Quran.

    “Identiti atau agama tertuduh belum didedahkan dan kami masih menyiasat motif di sebalik membakar naskhah Al-Quran,” katanya kepada AFP. – AFP

    Kereta dibakar oleh perusuh yang menuntut polis menyerahkan lelaki dituduh membakar Al-Quran di Charssada, 29 November.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda