HONG KONG, 30 JULAI – Pengguna komuter di Hong Kong hari ini bertekak dengan para pembantah yang menghalang pintu kereta api bawah tanah dalam bantahan terbaharu mereka bagi menuntut tanggungjawab lebih besar daripada kerajaan.
Perkhidmatan tertangguh dan sebahagiannya digantung di pulau itu dan laluan Kwun Tong, operator kereta api bawah tanah, MTR menjelaskan. Ia memetik ‘sejumlah halangan di pintu kereta api’ dan juga seseorang yang mengaktifkan alat keselamatan di platform kereta api bawah tanah Kwun Tong.
Tindakan itu menyasarkan perjalanan masa puncak beberapa buah stesen kereta api. MTR bertindak balas dengan menyediakan bas mini bagi menggantikan kereta api yang lewat dan perkhidmatan kembali seperti biasa pada waktu petang.
Pembantah Ken Chan mengatakan dia mahu pegawai MTR menerangkan kenapa mereka gagal mengambil tindakan pada 21 Julai apabila sekumpulan lelaki berkemeja putih membelasah beberapa orang di dalam sebuah stesen kereta api ketika bantahan besar-besaran mula reda.
Kerajaan Hong Kong dan pihak berkuasa pusat di Beijing menyalahkan para pembantah kerana mencetuskan konfrontasi. – AP
