Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembantu bekas PM Pakistan ditahan

    ISLAMABAD, 25 JAN – Seorang pembantu bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan ditahan hari ini kerana mengkritik pegawai pilihan raya, kata polis, kes terbaharu terhadap pembangkang kerana ia cuba memaksa pengundian awal.

    Fawad Chaudhry, yang merupakan menteri penerangan di bawah Khan, telah ditahan dalam serbuan sebelum subuh di rumahnya di bandar timur Lahore.

    Chaudhry dituduh telah ‘mengganggu dan menakut-nakutkan’ pegawai suruhanjaya pilihan raya dan keluarga mereka dalam komen yang disiarkan pada kelmarin, menurut laporan polis yang dikongsi oleh partinya, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI).

    Pertuduhan yang dikemukakan di ibu negara Islamabad, juga mengatakan dia ditahan di bawah undang-undang hasutan kerana cuba menyebabkan halangan dalam proses pilihan raya negeri itu.

    Imran Khan digulingkan melalui undi tidak percaya pada April 2022 selepas rakan pakatannya berpaling tadah.

    Pilihan raya baharu dijangka tidak lewat daripada Oktober, dengan Pakistan dilanda ketidaktentuan politik dan ekonomi.

    Negara berpenduduk lebih 220 juta berada dalam kesempitan ekonomi yang teruk dengan inflasi, rizab pertukaran asing yang sedikit dan rundingan yang terhenti dengan pinjaman IMF. – AFP

    Pegawai polis mengiringi ketua pembangkang parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan yang ditahan, Fawad Chaudhry (tengah) untuk mengemukakannya di hadapan mahkamah di Lahore – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda