Friday, March 7, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembantu kedai rugi lebih RM140,000

    SIBU, 6 MAC – Seorang pembantu kedai mengalami kerugian RM140,880 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang menjanjikan komisen lumayan.

    Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata mangsa, lelaki berusia 50-an mula berhubung dengan seorang wanita melalui media sosial pada 22 Disember lepas dan suspek menawarkan pekerjaan menjual barangan seperti beg tangan, pakaian dan kasut di aplikasi TikTok.

    “Tertarik dengan tawaran itu yang menjanjikan komisen sehingga 30 peratus, mangsa kemudian menekan pautan diberikan dan diarahkan untuk membuat pembayaran terlebih dahulu ke dalam akaun yang disediakan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata dari 22 Disember hingga 24 Februari lepas, mangsa melakukan 23 transaksi pemindahan wang ke 17 akaun bank tempatan berbeza, membabitkan jumlah keseluruhan RM140,880. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda