Oleh Rafidah Jumat BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Seorang pembantu rumah dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mencuri wang majikannya. Ni Nengah Juniari, 27, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid atas pertuduhan mencuri wang berjumlah $4,000 pada 13 Oktober 2017. Wang

