Tuesday, October 8, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembantu rumah dipenjara dua bulan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Seorang pembantu rumah dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mencuri wang majikannya.

    Ni Nengah Juniari, 27, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid atas pertuduhan mencuri wang berjumlah $4,000 pada 13 Oktober 2017.

    Wang yang disimpan dalam sampul surat itu disedari hilang oleh anak majikannya, yang turut mendapati tertuduh tidak berada di rumah dan mempercayai dia telah melarikan diri.

    Majikannya kemudian membuat laporan polis dan turut memaklumkan perkara itu kepada pihak kedutaan, yang mana majikannya dimaklumkan yang tertuduh ada di kedutaan.

    Tertuduh kemudian diberkas, dan mengakui telah mengambil wang itu dari laci dan membayar seseorang sebanyak $200 untuk menghantarnya ke kedutaan.

    Bagaimanapun, pihak polis hanya menemui semula wang sejumlah $3,493.90.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda