Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembantu rumah ditahan kerana sihir majikan

    RIYADH, 8 Oktober 2007 – Polis pihak berkuasa agama Arab Saudi menahan seorang pembantu rumah kerana disyaki menggunakan guna-guna ke atas majikannya, lapor akhbar Al-Madina.

    Penahanan pembantu rumah, yang identitinya tidak didedahkan, dibuat ekoran laporan isteri majikannya yang mendakwa suaminya ‘disihir oleh pembantu rumah’.

    Wanita itu berkata dia mengesyaki suaminya dikenakan ilmu guna-guna kerana bersungguh-sungguh membela pembantu rumah itu setiap kali dimarahi kerana tidak melakukan tugasnya.

    Anggota polis pihak berkuasa agama yang dikenali sebagai Mutawas menemui ‘tangkal dan bahan-bahan untuk perbomohan’ ketika memeriksa bilik pembantu rumah itu.

    Akhbar itu melaporkan pembantu rumah itu akan dihadapkan ke mahkamah ‘mengaku menggunakan ilmu sihir supaya majikan menyukainya.”

    “Si suami yang terkena ilmu sihir mengagumi pembantu rumah itu dan membuat apa sahaja yang disuruh tanpa pengetahuan isterinya,” lapor akhbar itu lagi.

    Polis pihak berkuasa agama Arab Saudi yang sangat digeruni bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang bagi menegakkan akhlak awam. Sihir adalah kesalahan yang membawa hukuman mati di Arab Saudi.

    Kira-kira dua juta pembantu rumah warga asing bekerja di Arab Saudi dengan kebanyakan mereka datang dari Asia seperti Indonesia, Sri Lanka dan Bangladesh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda