Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembantu rumah HK dipancing jadi rekrut IS

    HONG KONG, 26 Julai – Pembantu-pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di Hong Kong menjadi radikal oleh para pelampau dari kumpulan Islamic State (IS), menurut sebuah kumpulan pemikir keselamatan dalam satu laporan hari ini.

    Kira-kira 150,000 orang pembantu rumah di bandar itu adalah dari Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk beragama Islam di dunia.

    Berlatar belakangkan konservatisme meningkat dari segi agama di tanah air, sebilangan kecil pembantu rumah militan telah muncul, menurut laporan dari Institusi Analisis Dasar Konflik (IPAC) yang beribu pejabat di Jakarta.

    Namun aktivis-aktivis hak asasi dan masyarakat Islam Indonesia di Hong Kong berkata mereka tidak menyedari tentang keradikalan dan bimbang laporan berkaitan IS akan mengundang kecurigaan tidak adil.

    Siasatan IPAC menggambarkan kira-kira 45 orang pembantu rumah warga Indonesia yang mempunyai ‘pandangan radikal’ yang mungkin tertarik dengan lingkaran militan melalui ‘penyelidikan sikap kemasyarakatan dalam suasana yang tidak dikenali’.

    “Sesetengah wanita ini terpengaruh oleh teman lelaki-teman lelaki pejuang jihad yang mereka kenali melalui online,” menurut penganalisis IPAC, Nava Nuraniyah.

    “Tetapi sesetengah mereka menyertai ISIS sebagai laluan kepada penguasaan.”

    Siri-siri kes-kes penganiayaan memperlihatkan eksploitasi pembantu-pembantu rumah di Hong Kong melalui agensi-agensi pekerjaan yang tidak berprinsip yang merampas pasport mereka, menuntut gaji mereka dan tidak memberitahu tentang hak mereka.

    Namun laporan IPAC mengatakan layanan buruk nampaknya telah berperanan penting dalam keradikalan, meskipun ia membawa kepada penubuhan kumpulan sokongan Islam untuk bertindak sebagai sejenis kesatuan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda