Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembantu rumah mencuri terima padah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Seorang pembantu rumah warga Filipina dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri wang milik anak kepada majikannya.

    Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim memutuskan hukuman itu terhadap Marilou Sandoval Ardiente, 29, yang mengaku bersalah mencuri wang AS$600.

    Tertuduh yang bekerja lebih dari empat tahun sebagai pembantu rumah telah melakukan kesalahan itu apabila terlihat satu dompet mengandungi sejumlah wang ketika membuat kerja rumah di kediaman anak majikannya (mangsa) di Kampung Menglait kira-kira jam 3 petang pada 28 Julai 2019.

    Mangsa yang menyedari wangnya hilang dari dompet itu kemudian menghantar tertuduh dan pembantu rumah lain pulang ke rumah keluarganya.

    Mangsa menemukan wangnya ketika memeriksa bilik tertuduh.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda