Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembarigaan HIV terus dipergiat

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Usaha terus dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai HIV dalam kalangan belia termasuk pelajar-pelajar sekolah.

    Ke arah itu, Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS Council) terus melaksanakan Program Kesedaran HIV bagi Belia dan Rakan Sebaya (HAPPY), projek yang diterajui oleh belia untuk menyebarkan kesedaran mengenai HIV termasuk ilmu pengetahuan mengenai kehamilan remaja serta jangkitan penyakit seksual (STI) dalam kalangan remaja dan belia.

    Program berkenaan telah dikendalikan di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah
    (Maktab Duli) di mana kira-kira 100 orang pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pembimbing Rakan Remaja (PRR) mengambil bahagian, kelmarin.

    Ceramah disampaikan oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif Projek HAPPY, Dayang Siti Najihah Kamilah binti Latif dengan aktiviti-aktiviti turut dikendalikan bersama sukarelawan dari pasukan HAPPY.

    Semasa ceramah berkenaan, Dayang Siti Kailene mengongsi statistik tempatan terkini STI dan kehamilan remaja dengan mengetengahkan usia serta jantina yang mendominasi statistik itu.

    Beliau turut menyatakan bahawa angka itu boleh dikurangkan dengan mengamalkan sikap berpantang sebagai sebahagian daripada kaedah untuk mencegah golongan belia daripada terlibat dalam sebarang tabiat berisiko yang boleh membawa kepada jangkitan STI, hamil di luar nikah atau perkahwinan muda.

    Program itu merupakan sebuah program interaktif yang menggabungkan audio dan visual serta juga aktiviti interaktif bagi menyampaikan mesej kepada golongan muda di mana mesej-mesej yang disampaikan disesuaikan kepada situasi tempatan.

    BDAIDS Council berharap supaya para pelajar akan membawa pulang mesej-mesej yang disampaikan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran mereka serta untuk dilaksanakan dalam gaya hidup seharian mereka.

    Para pensyarah dan pelajar Maktab Duli yang menyertai Program HAPPY yang diadakan di maktab itu. – Gambar serahan BDAIDS Council
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda