BEIJING – Yang Qianqian memegang telefon pintarnya untuk mengimbas kod bar pada telefon bimbit penjual buah-buahan segar dan sayur-sayuran di salah sebuah pasar yang sibuk di Beijing.
Penggunaan oleh pelajar tarian itu adalah sebahagian daripada letusan penggunaan platform pembayaran mudah alih di China apabila para pengguna hanya mengeluarkan telefon bimbit mereka daripada menggunakan wang tunai untuk membayar sesuatu dari secawan kopi sehinggalah kelas bahasa dan pembayaran bil api elektrik.
“Walaupun saya mempunyai wang tunai bersama saya tetapi ianya tidak begitu menyenangkan apabila banyak beg perlu dibawa ke sana ke mari,” kata Yang, 25, dengan memegang beg plastik yang dipenuhi dengan buah pir, kentang dan tembikai.
China adalah negara pertama di dunia untuk menggunakan wang kertas tetapi selepas berabad-abad kemudian, penggunaan telefon bimbit telah semakin meningkat bagi urusan jual beli. Penggunaan wang kertas di sana mungkin yang pertama akan dihentikan.
Nilai dagangan kasar pembayaran mudah alih bagi pihak ketiga meningkat lebih daripada 200 peratus kepada 38 trilion yuan (kira-kira AS$5.6 trilion) pada tahun 2016 berbanding tahun sebelumnya, menurut iResearch di China.


Pertumbuhan sistem bebas-tunai ini telah disokong oleh pasaran e-dagang yang pesat berkembang di China.
“Saya berfikir bahawa ia adalah satu kemungkinan jika China menjadi negara pertama atau salah sebuah negara yang tidak menggunakan wang tunai di kalangan masyarakat pada masa akan datang,” kata Ben Cavender, pengarah di China Research Group.
Cavender menganggarkan pasaran pembayaran mudah alih China sudah berkembang 40-50 kali ganda berbanding Amerika Syarikat.
Alipay, yang dimulakan oleh pasaran gergasi e-dagang Alibaba dan kini dimiliki oleh sekutu Ant Financial, dan WeChat Pay, yang dibina dalam perkhidmatan pesanan popular Tencent, mempunyai ratusan juta pengguna dan menjadi platform pembayaran dominan di China.
Di Beijing, ianya sukar untuk mencari produk atau perkhidmatan yang tidak dapat dibeli dengan mudah alih.
Di pasar pertanian yang menjual hasil barangan segar, para peniaga akan memaparkan kod bar di atas mereka yang dipenuhi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pelanggan mereka seperti Yang untuk mengimbasnya – walaupun kebanyakan pembeli kelihatan lebih selesa dengan wang tunai.
“Orang pada zaman saya tidak berani menggunakannya,” kata salah seorang wanita berusia 50-an.
Sesetengah restoran di ibu negara itu tidak lagi menerima wang tunai sementara perkhidmatan teksi, gerai makanan jalanan dan salun rambut sudah menjadi kebiasaan bagi pembayaran mudah alih.
Perhidmatan mudah alih telah menyumbang lapan peratus daripada nilai jumlah keseluruhan pembayaran runcit pada tahun 2015 dan dijangkan mencapai 12 peratus pada tahun 2020, menurut satu laporan yang diterbitkan pada bulan April oleh Better Than Cash Alliance yang disokong oleh PBB.
Tetapi wang tunai masih menjadi raja di China – walaupun berkurangan, tidak sama seperti dahulu.
The Better Than Cash Alliance menjangka peratusan nilai pembayaran runcit secara tunai akan jatuh kepada 30 peratus pada tahun 2020. Ia telah mencapai 61 peratus pada tahun 2010. Daya tarikan utama pembayaran mudah alih adalah kemudahan dan kesenangannya yang diperolehi.
Para pengguna boleh membawa sedikit atau tidak membawa wang tunai langsung di tangan mereka dan mengelakkan masalah kad debit atau kad kredit yang ditolak kerana jumlah had limit yang telah ditetapkan.

Sejarah China yang agak singkat bagi penggunaan kad bank ini juga menjadikan para pengguna untuk lebih terbuka kepada teknologi baru itu, kata Martin Utreras, wakil presiden bursa saham di eMarketer.
“Di China, ramai daripada penggunanya tidak pernah mempunyai apa-apa instrumen kewangan secara automatik, kecuali pembayaran mudah alih mereka,” katanya.
Tetapi ada yang enggan menukar kepada sistem tanpa tunai. Antaranya ialah seorang wanita berusia 63 tahun bernama Song yang menjual bunga matahari di kawasan laluan pejalan kaki di Beijing.
Beliau lebih suka menerima wang tunai dan tidak kepada pembayaran mudah alih kerana sesetengah pelanggan tidak membawa wang sebenar.
“Tunai adalah lebih mudah untuk saya kerana saya semakin tua dan mempunyai penglihatan yang tidak baik,” katanya sambil berdiri di sebelah barangannya.
Menunggang kejayaan mereka, pembekal pembayaran memperluaskan perniagaan mereka dengan menawarkan tawaran kepada pengguna dan peniaga, pinjaman jangka pendek dan juga produk pelaburan.
Peralihan ini sesuai dengan agenda domestik kerajaan China untuk meningkatkan perbelanjaan pengguna dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan di kalangan rakyat biasa.
Alibaba dan Tencent juga membawa teknologi mereka – bagi golongan kaya – di luar negara apabila mereka cuba menyasarkan pelancong-pelancong China dan pasaran pembayaran baru di negara-negara membangun.
Tencent pada awal bulan ini telah bekerjasama dengan syarikat pembayaran Jerman Wirecard, untuk melancarkan WeChat Pay di Eropah di mana Alipay sudah membuat kemunculan di sana. Keselamatan pembayaran mudah alih adalah suatu kebimbangan yang semakin meningkat dengan adanya laporan-laporan mengenai penggantian alat kod bar palsu.
Pihak berkuasa masih berusaha dalam masalah ini agar dapat “menyeimbangkannya dengan tempat selaras dengan inovasi dan peraturan”, menurut Better Than Cash Alliance, tetapi mereka kini telah ‘lebih aktif’ dalam mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko kewangan dan penipuan.
“Kerajaan tidak mahu melambatkan usaha ini … sebab itulah mereka terus giat melaksanakan sesuatu,” kata Cavender. – AFP