Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembayaran pakej haji kini dibukakan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Bakal-bakal jemaah haji yang terpilih bagi menunaikan ibadat haji bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024M dimaklumkan bahawa pembayaran pakej haji bermula hari ini dan akan berakhir pada 31 Januari depan.

    Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menerusi Jabatan Urusan Haji memaklumkan kepada bakal-bakal jemaah haji yang terpilih adalah dikehendaki dengan segera membuat pembayaran penuh harga pakej haji kepada syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji yang dipilih pada waktu yang telah ditetapkan tersebut bagi memastikan semua urusan haji dengan pihak berkenaan di Arab Saudi berjalan dengan lancar dan teratur.

    Bakal-bakal jemaah haji bolehlah berhubung terus dengan syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji yang dipilih bagi sebarang maklumat lanjut mengenai pakej haji yang ditawarkan dan proses pembayaran.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda