Thursday, October 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembayaran pencen, pencen turunan melalui kaunter mula 25 Januari

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan pembayaran Pencen Perkhidmatan dan Pencen Turunan melalui kaunter bagi Januari 2024.

                Pembayaran bagi Daerah Brunei dan Muara akan dilaksanakan di Kaunter Bahagian Hasil, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, pada 25 Januari bermula 7:30 pagi hingga 3:30 petang.

                Manakala, bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong, pembayaran akan dilaksanakan di Kaunter Pejabat, Cawangan Jabatan Perbendaharaan di daerah-daerah berkenaan, pada tarikh dan waktu yang sama.

                Pembayaran pada hari-hari berikutnya iaitu sehingga 7 Februari adalah pada pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang di kesemua cawangan di keempat-empat daerah.

                Bagi yang mempunyai sebarang pertanyaan ke atas tatacara pembayaran yang dimaksudkan, boleh menghubungi talian-talian yang telah disediakan iaitu 2380822 dan 2383469 atau melayari laman sesawang, www.mofe.gov.bn

    Gambar Generic
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda