Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembayaran pencen pandu lalu di MRSB berjalan lancar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Seramai 304 orang penerima Pencen Umur Tua, penerima elaun dan Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) bagi Penduduk Kampung Sungai Akar telah menerima pembayaran masing-masing bermula 25 Oktober lalu hingga kelmarin.

    Pembayaran secara pandu lalu itu diadakan di Ruang Masuk Utama, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar.

    Pemangku Ketua Kampung Haji Zailani bin Haji Malik dibantu oleh sukarelawan dan ahli Jawatankuasa Takmir MRSB dalam memastikan pembayaran kepada penduduk kampung yang terbabit berjalan lancar.

    Pembayaran pencen-pencen, elaun dan BKB kepada penerima juga dilaksanakan melalui akaun bank.

    Penerima Pencen Umur Tua, penerima elaun dan BKB menerima pembayaran mereka secara pandu lalu di masjid berkenaan. – Gambar serahan MPK Kampung Sungai Akar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda