Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan melalui kaunter (walk-in) bagi Mei 2022.
Pembayaran pencen perkhidmatan secara kaunter bagi Daerah Brunei dan Muara akan dilaksanakan di Kaunter Bahagian Hasil, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, pada 26 Mei bermula pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang.
Sementara itu, pembayaran pencen turunan secara kaunter bagi Daerah Brunei dan Muara akan dilaksanakan di Kaunter Bahagian Pembayaran dan Kutipan Hasil, Tingkat 2, bangunan kementerian itu, juga pada 26 Mei bermula pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang.
Manakala itu, pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong akan dilaksanakan di kaunter pejabat, cawangan Jabatan Perbendaharaan di daerah-daerah berkenaan juga pada tarikh dan waktu yang sama.
Pembayaran pada hari-hari berikutnya iaitu sehingga 9 Jun adalah pada pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang di kesemua cawangan di keempat-empat daerah.
Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengingatkan para penerima untuk membawa kad pengenalan asal, hanya kod BruHealth hijau atau kuning dibenarkan dan sentiasa memakai pelitup muka.