MADRID, 29 Nov – Jurulatih Sevilla dari Argentina, Eduardo Berizzo telah menjalankan pembedahan yang ‘berjaya’ selepas menghidapi kanser prostat, kelab memaklumkan semalam tanpa memberitahu bila dia akan kembali berkerja.
“Tempoh pemulihan bergantung kepada perkembangan lepas pembedahan yang dilihat pada masa ke semasa,” kenyataan ringkas dari kelab dengan menambah sekembalinya ke bangku simpanan akan dilakukan ‘secepat mungkin.’
Penolong jurulatih, Ernesto Marcucci telah mengambil alih pasukan sehingga Berizzo pulih sepenuhnya dan beliau akan bertugas sebagai jurulatih untuk perlawanan hari ini yang menyaksikan Sevilla dalam langkah kanan menuju ke 16 terakhir dalam Copa Del Rey. Dalam perlawanan pertama, Sevilla mendahului kelab divisyen tiga Cartagena 3-0. – AFP