Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pembekal diseru daftar Government Vendor Portal

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Berikutan penambahbaikan ke atas sistem Treasury Accounting and Financial Information System (TAFIS), Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi memaklumkan bahawa portal e-Invoice telah melalui proses peralihan dan ditukar menjadi Government Vendor Portal bermula 1 April.

    Government Vendor Portal adalah portal layan sendiri yang membolehkan pembekal-pembekal yang berminat untuk menyertai sebut harga ataupun tawaran yang dikeluarkan oleh kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan serta menghadapkan tuntutan atau invois setelah memberikan khidmat pembekalan atau perkhidmatan kerja kepada mana-mana agensi kerajaan.

    Kementerian dan jabatan tidak dapat memproses apa jua tuntutan atau pesanan sama ada bagi pembekalan atau perkhidmatan kerajaan kepada mana-mana pembekal yang belum berdaftar di dalam Government Vendor Portal.

    Pembekal-pembekal yang pernah berdaftar di dalam portal e-Invoice adalah diperlukan untuk mendaftar semula di dalam Government Vendor Portal dengan seberapa segera yang boleh.

    Pembekal-pembekal yang memerlukan bantuan untuk mendaftar di dalam Government Vendor Portal adalah digalakkan bagi mengikuti sesi Vendor Clinic pada 1 hingga 30 April, semasa waktu bekerja di Bilik Mesyuarat 3, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...