Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PEMBELA berpeluang fahami literasi bahasa di Indonesia

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan PEMBELA

    BELAIT, 3 MAC – Lapan ahli Persatuan Belia Belait (PEMBELA) telah pulang dengan kejayaan dari Indonesia setelah mewakili negara dalam Festival Literasi Minangkabau Antarabangsa (IMLF) 2023 yang berlangsung dari 22 hingga 27 Februari lalu.

    Dianjurkan oleh Satu-pena Sumbar dan Yayasan Sumbar Talenta Indonesia, festival itu diadakan di Pusat Pembangunan Sumber Manusia di Padang Panjang, Sumatera Barat, Republik Indonesia.

    Mengetuai kontinjen PEMBELA itu ialah presiden mereka, Dayang Atikah Rumaizah binti Dr Haji Harun, dan penyertaan mereka disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan, serta Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Kontinjen tersebut merangkumi pemimpin-pemimpin dan ahli persatuan yang berusia antara 19 hingga 32 tahun. Di samping itu, Alumni Veteran Persatuan PEMBELA dan Syarikat Ainul Mardhiah turut menghulurkan bantuan dalam membantu penyertaan kontinjen ke festival tersebut.

    Dengan tema festival ‘Membina Sinergi dalam Membangun Kompetensi Sosiobudaya pada Era Globalisasi’, kontinjen itu dapat mempelajari lebih lanjut tentang bahasa Minangkabau dengan membaca pelbagai buku dalam pameran dan melihat seni di galeri-galeri, yang mempersiapkan mereka untuk sesi Perbincangan Tiga Selari.

    Kontinjen negara turut berkesempatan mempersembahkan puisi bertajuk ‘Bangsa Ku Bahasa Ku’ kepada 10 delegasi lain seperti dari Malaysia, Indonesia, Rusia, Australia, Argentina, India, Bangladesh, Sepanyol dan beberapa wilayah di Indonesia termasuk Sumatera Barat, Sumatera Selatan, Palembang dan Kalimantan.

    Gambar ramai kontinjen sebelum berlepas ke Indonesia.
    Dayang Atikah Rumaizah selaku wakil delegasi menerima tanda penghargaan daripada Setiausaha Daerah Kota Padang Panjang, Sonny Budaya Putera.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...