Friday, May 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembelajaran di luar bilik kuliah bantu tingkatkan pemahaman

    HANOVER – Di sebalik bunyi gergaji dan pukulan kapak, sekumpulan pelajar kolej di Dartsmouth cukup bersemangat untuk memotong pokok dan menghakiskan kulit kayu untuk dijadikan sebagai bahan pembuatan bakul tradisi yang cukup sinonim dalam kalangan masyarakat asli.

    Sesi pembelajaran yang dianjurkan di luar bilik kuliah itu merupakan sebahagian daripada pembelajaran akademik yang dapat membantu pelajar-pelajar di Dartsmouth untuk memahami mengenai tradisi masyarakat asli sejak jalinan hubungan kerjasama telah termeterai pada awal 1970an.

    Kelas-kelas yang dianjurkan ini bukan sahaja membantu para pelajar untuk memahami secara terperinci mengenai kehidupan masyarakat asli namun ia juga turut memberi peluang kepada pelajar terdiri daripada warga asli untuk mengenali asal-usul mereka.

    “Setentunya anda tidak akan berpeluang untuk memotong kayu jika hanya mengikuti sesi pembelajaran dalam bilik kuliah,” jelas Ha’aheo Hanohano, seorang pelajar junior berusia 21 tahun yang juga berasal dari keturunan masyarakat asli di Hawaii.

    Menurut kajian pembancian yang dilakukun pada tahun 2014, sebanyak empat peratus daripada pelajar di AS terdiri daripada golongan masyarakat asli dan sehingga kini memiliki lebih daripada 1,000 orang alumni.

    Para pelajar tekun mendengarkan teknik dan langkah yang dilakukan dalam pemotongan pokok mengikut amalan dan tradisi masyarakat asli. – AP
    Masyarakat asli Amerika percaya bahawa lumpur wajar diletakkan di atas tunggul pokok selepas ia ditebang. – AP

    Program Komuniti Masyarakat Asli Amerika ini telah berjaya menarik ratusan pelajar daripada latar keluarga tersebut dari seluruh negeri mengunjungi Dartsmouth untuk memahami secara lebih terperinci mengenai perkara tersebut.

    Profesor Nick Reo menjelaskan bahawa kelas di luar bilik kuliah yang dianjurkan ini sedikit sebanyak dapat mendekatkan lagi para pelajar dengan budaya dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat asli yang sangat selesa dengan kehidupan alam semula jadi.

    “Sekiranya anda ingin berbicara mengenai teknik pemahaman masyarakat pribumi ini, anda harus berbincang, mendekati sekali gus berkomunikasi bersama dengan mereka,” jelas Reo yang merupakan salah seorang ahli puak Sault Ste. Marie Chippewa di Michigan.

    Reo mula mendapat inspirasi untuk mengelolakan kelas sebegini berikutan daripada pengalaman yang diterokainya sewaktu bergelar pelajar di Universiti Michigan.

    Dalam program ini, dia telah membimbing seramai 20 orang pelajar di mana separuh daripadanya adalah terdiri daripada keturunan masyarakat asli sendiri untuk mempelajari mengenai teknik pembuatan dram tradisi yang biasanya digunakan sewaktu satu upacara dan amalan memburu yang sinonim dengan masyarakat itu.

    “Apabila kita berhenti daripada terus melihat proses pertumbuhan atau mencuba untuk melakukan sesuatu setentunya ia menjadi satu sekatan bagi mengetahui perkembangannya. Begitu juga sekiranya anda ingin mempelajari sesuatu daripada binatang atau alam semula jadi setentunya pengalaman tersebut hanya dapat diperolehi daripada kajian di luar bilik kuliah,” jelas Reo.

    Alex Hawleym seorang masyarakat asli Amerika dari Utah berusia 21 tahun menjelaskan bahawa program yang diikuti ini secara tidak langsung telah mendedahkannya kepada tradisi asli di kawasan timur yang ternyata agak berbeza daripada apa yang difahaminya dari amalan puak Navajo di Utah.

    “Setentunya ia merupakan satu pengalaman yang sangat menarik untuk mempelajari sesuatu budaya atau tradisi yang berbeza daripada apa yang diamalkan oleh puak sendiri seperti kepelbagaian teknik dalam melakukan karya seni.

    Bekerjasama untuk mengangkat kayu balak ke ladang bagi tujuan pemprosesan. – AP

    Puak Navajo cukup sinonim dengan seni tenunan permaidani dan pembuatan bakul merupakan sesuatu perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini,” jelas Hawley.

    Bagi pelajar yang bukan terdiri daripada masyarakat asli Amerika, program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk mengenali sekali gus menghargai budaya dan tradisi mereka.

    “Saya rasa sudah tiba masanya untuk mengimbas kembali dan menyedari bahawa budaya barat kurang memberi penghormatan kepada alam semula jadi dan komuniti masyarakat asli khususnya,” kata Lauren Jortberg, seorang pelajar berusia 20 tahun.

    Pada awal bulan ini di ladang organik Dartsmouth, pakar anyaman bakul tradisi, Geo Neptune telah mengajarkan teknik dan langkah-langkah asas dalam seni anyaman bakul yang kebanyakan dapat disaksikan di muzium dan dianggap sebagai satu seni yang cukup berharga.

    Sebelum penebangan pada sebatang pokok itu dilakukan, Neptune yang merupakan seorang alumni di Dartsmouth yang juga berasal dari puak Passamaquoddy di Indian Township, Maine telah menyalakan tembakau di hadapan pokok tersebut yang dianggap sebagai satu amalan ritual. Setelah pokok itu ditebang, pelajar akan mengambil lumpur dari kawasan aliran yang berdekatan.

    Mereka meletakkan lumpur tersebut di atas tunggul pohon itu dengan tujuan dan kepercayaan bahawa ia dapat membantu mempercepatkan proses pertumbuhan semula.

    Kemudian, mereka turut membantu untuk mengangkat kayu-kayu yang telah dipotong dan membawanya ke ladang.

    Para pelajar juga mula melakukan proses pengikisan kulit kayu demi memastikan struktur kayunya licin sekali gus memprosesnya menjadi kepingan kayu.

    Neptune pula memperjelaskan bahawa kulit kayu yang dikumpulkan itu dapat dianyam secara kreatif untuk menjadi sebuah bakul tradisi yang sangat menarik.

    “Ini baru dikatakan sebagai satu rekaan tradisi yang sangat kreatif,” jelas Neptune. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/